JOHOR: Gambar kali ini merakamkan suasana majlis persandingan 'Afifi & Herlieyanti di rumah ayahanda beliau, Hj. Mashudan Bin Kamar (bapa saudara aku) yang berlangsung di Patah Pedang eh.. Pedang Patah (eh.. iye kot.. aku
confuse dgn Gelang Patah, JB). Apa2 pun, majlis ni berlangsung kat Batu Pahat.
Majlis kali ni dibuat serentak dengan Angah (adik 'Afifi) bersama isteri beliau, Ila. Maaf, nama penuh belum ingat lagi.

Aku mohon maaf pada keluarga pengantin sebab tak dapat hadir pada hari tersebut atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Segala gambar kahwin depa ni semua, Kamil & Radhi yang amik. Aku edit aje (keje senang).. Depa berpeluh2 sampai tetido2 pun ada... Apa taknya, malam sebelum majlis,
photoangels ni pi tido kat JB, esok pepagi baru gerak ke Batu Pahat. Hmm... takpe la. Janji gambar kahwin pasti yang terbaik.
Kali ni jugak, ada gambar pengantin kat pantai. Gambar2 diaorang ni banyak. Tak larat aku nak upload sumer dalam segmen kali ni. Last sekali, bila majlis nih berakhir, tinggal la depa2 yg tersenarai kat bawah ni je yg belum berumahtangga:-
Batch sepupu aku lelaki belah mak:
1) Ariffin
2) Zul Hilmi (March 2008)
3) Radhi (Dec 2007 or March 2008)
4) Nizam
5) Kamil
Kami nih semua sepupu rapat. Dari kecik sampai beso. Masa kecik dulu cuma jumpa bila time cuti sekolah aje. Jumpa pun kat kampung umah nyai. Aktiviti utama mandi sungai (kalo hujan, frust tertonggeng), main beskal ala-camel trophy, gi bando (tgk wayang-naik bas/teksi), main tembak2 (pistol yg pelurunya kertas kaler merah tu), main saidina (zul suka main tipu dulu), main banglak (black jack), boleh kata main je la... main sana main sini.. Siang malam main. Ada aje mende yg kitaorang nak try. Pernah sekali, main lidi (dah asah depan lidi bagi tajam, ala memanah), sekali tu main, lidi aku tercucuk kat bawah mata (bukan anak mata) Zul. Hehehe... Sorry geng! Kitaorang dulu fobia dgn satu mamat ni, namanya Arwan/Irwan (ntah la aku pun tak ingat) sebab badan dia besooo giler. Pastu kitaorang ni fobia gak dgn lembu sebab pernah kena kejo lembu masa balik dari mandi sungai. Hmmm.... semuanya dah berlalu 23 tahun dulu. OK lah, aku berhenti menulis dulu. Esok nak interview orang. Kang interviewer lak yg tetido.
Kind regards,
Hareez MISC
Johor Bahru